Tuesday, July 13, 2010

KESEJUKAN AIR TERJUN SEKAYU




Air terjun Sekayu amat terkenal di negeri Terengganu. 2 minggu lepas saya dan kawan-kawan berkunjung ke air terjun Sekayu untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar.Lokasinya yang tidak jauh dan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dari Bandar Kuala Terengganu dan lebih kuang 15 minit dari Bandar Kuala Berang. Airnya yang sejuk dan jernih membuatkan saya dan kawan-kawan teruja untuk mandi. Kawasannya amat sesuai untuk berkelah dengan ahli keluarga pada hujung minggu.Disini terdapat pelbagai kemudahan antaranya ialah chalet, tandas awam, bilik mandi awam dan surau. Air terjun ini sesuai untuk semua peringkat umur. Disini juga terdapat pelbagai spesies orkid dan tanaman herba yang ditanam di Taman Herba.

Sunday, July 11, 2010

Jom keTaman Tamadun Islam (TTI)

Salam semua. Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya ke TTI atau dikenali juga dengan nama Taman Tamadun Islam. Kami bertolak ke sana lebih kurang pukul 9.00 pagi. Jaraknya dari bandaraya Kuala Terengganu tidak jauh sangat dalam 4 Km. Di sini kita boleh melihat pelbagai jenis masjid di seluruh dunia yang dibina dalam bentuk replika atau monumen. Sungguh cantik rekaan senibina Islam pada replika masjid. Terdapat 21 jenis replika masjidyang mewakili masjid di seluruh dunia.

Selain melihat rekaan senibina Islam pada replika masjid, kita juga boleh bersolat di dalam Masjid Kristal yang merupakan ikon utama dalam Taman Tamadun Islam. Pada waktu malam, setiap kubah Masjid Kristal akan mengeluarkan cahaya lampu yang bewarna warni.

Di sini juga terdapat perkhidmatan bot yang boleh di sewa untuk mengelilingi Pulau Wan Man. Terdapat juga basikal air dan kano yang boleh disewa oleh pengunjung yang datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga.




Thursday, July 8, 2010

Matahari Terbit di Pantai batu burok

Pantai Batu Burok merupakan di antara pantai yang terkenal di negeri Terengganu. Ianya terletak 1 km dari bandaraya Kuala Terengganu dan berhampiran dengan Primula Beach Resort. Jika memandu dari Kuala Terengganu - Dungun, kita boleh membelok ke kiri selepas Hospital Besar Sultanah Nurzahirah. Di sini terdapat gerai- gerai makan, restoran makanan segera seperti KFC dan A&W. Pantai yang luas menjadi tumpuan pengunjung untuk menjalankan aktiviti seperti bermain layang- layang, menunggang kuda dan beriadah. Aktiviti kebudayaan juga sering diadakan di sini.



Permandangan Pantai Batu Burok ketika matahari terbit

Wednesday, July 7, 2010

Perkampungan nelayan

Terengganu merupakan sebuah negeri yang bertuah kerana penempatannya majoriti di pesisir pantai. Jika kita menaiki kenderaan dari Kuala Terengganu ke Dungun kita pasti akan melihat panorama perkampungan nelayan di sepanjang pesisir pantai. Sungguh teruja melihat daun nyiur yang melambai- melambai ditiup sang bayu.


Air Gelas Besar Pak San

Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin mencoretkan entri tentang air gelas besar. Apa istimewanya air gelas besar? Gerai air gelas besar Pak San ini terletak di Seberang Takir dan mengambil masa lebih kurang 20 minit memandu dari Kuala Terengganu. Kita biasa minum air buah gelas biasa, di gerai Pak San ni macam- macam saiz gelas ada dan macam- macam jenis air buah boleh di pilih. Selain dari air buah, makanan juga ada dijual seperti laksa Terengganu, keropok lekor, dan masakan panas. Menu utama adalah air gelas besar memang asli. Minum sekali pasti nak lagi. Jom la cuba.....






Wednesday, June 30, 2010

Selamat Datang

Salam semua, selamat pagi ....Selamat datang ke blog saya dan minta maaf saya belum memasukkan lagi coretan menarik setakat ini ke dalam blog saya, nanti saya akan kemas kini dan di harap pembaca enjoy....!!!!