Tamat sudah acara gilang- gemilang yang berlangsung selama 3 hari di  Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Saya dan keluarga sempat mengunjungi  Festival Gamelan Sedunia yang diadakan bermula 23 Julai 2010 dan  berakhir pada 25 Julai 2010 yang disertai oleh kumpulan gamelan dari  dalam dan luar negara.
Di sini kita boleh lihat Terengganu mampu dan  boleh menganjurkan aktiviti bertaraf dunia dengan jayanya. Sesiapa  sahaja yang sempat mengunjunginya pasti teruja dengan alunan muzik  gamelan dari beberapa buah negara yang menyertai festival ini. Semua  negara yang terlibat cuba sedaya upaya membuat persembahan terbaik bagi  menonjolkan seni muzik  gemelan masing- masing, ada yang hanya memainkan  alat muzik, ada yang disertakan dengan nyanyian dan tarian. Apa- apa  pun memang seronok mendengar alunan muzik gamelan yang dipersembahkan.
Asal usul muzik gamelan Melayu ini berasal dari Pantai Timur dan alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia terdapat di istana Terengganu. Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan.  

