Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadhan


Salam semua...

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada. Saya baru berkesempatan untuk membuka blog untuk membuat coretan. Macam mana puasa tahun ini di harap kita semua dapat meneruskan ibadah puasa tahun ini dengan baik. Di harap segala amalan kita pada bulan ini diberkati Allah s.w.t.

Sunday, July 25, 2010

Festival Gamelan Sedunia di Taman Shahbandar

Tamat sudah acara gilang- gemilang yang berlangsung selama 3 hari di Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Saya dan keluarga sempat mengunjungi Festival Gamelan Sedunia yang diadakan bermula 23 Julai 2010 dan berakhir pada 25 Julai 2010 yang disertai oleh kumpulan gamelan dari dalam dan luar negara.

Di sini kita boleh lihat Terengganu mampu dan boleh menganjurkan aktiviti bertaraf dunia dengan jayanya. Sesiapa sahaja yang sempat mengunjunginya pasti teruja dengan alunan muzik gamelan dari beberapa buah negara yang menyertai festival ini. Semua negara yang terlibat cuba sedaya upaya membuat persembahan terbaik bagi menonjolkan seni muzik gemelan masing- masing, ada yang hanya memainkan alat muzik, ada yang disertakan dengan nyanyian dan tarian. Apa- apa pun memang seronok mendengar alunan muzik gamelan yang dipersembahkan.

Asal usul muzik gamelan Melayu ini berasal dari Pantai Timur dan alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia terdapat di istana Terengganu. Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan.





Istana Maziah

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu . Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri, kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Jika kita ke Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu, pasti akan melihat Istana Maziah yang tersergam indah berhampiran dengan Masjid Putih. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.




Kraftangan Hasil Rimba

Jika sahabat pembaca semua datang ke Pasar Besar Kedai Payang pasti akan melihat hasil jualan kraftangan yang di perbuat daripada rotan, buluh dan mengkuag. Hasil seni kreatif ini dibuat oleh penduduk tempatan dan dipasarkan di sini dengan harga yang berpatutan.

Hasil kraftangan yang diperbuat daripada buluh

Hasil kraftangan yang diperbuat daripada buluh, rotan dan mengkuang

Wednesday, July 21, 2010

Sotong Celuk Tepung dan Air Cendol Tapai

Kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika singgah makan ikan, sotong celup tepung serta air cendol tapai disalah sebuah gerai di Pantai Penarik. Jika melaui jalan pantai dari Kuala Terengganu ke Jertih, kita akan melihat beberapa deretan kedai yang menjual makanan laut seperti ini. Jika menaiki kenderaan akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke sini. Kedai ini terletak di tepi jalan utama berhapiran pantai.

Mesti ramai tak pernah cuba atau dengar air cendol tapai. Rasanya sungguh tidak terkata, adunan sama macam air cendol biasa cuma ditambah dengan tapai dan jagung. Sama tapi tak serupa.


Ikan celup tepung yang rangup makan sekali pasti nak lagi


Ikan celup tepung di Pantai Penarik memang tersohor, amat rugi jika tidak merasakannya. Harganya juga berpatutan tidak terlalu mahal kerana harga akan di caj mengikut saiz

Isi perut di Pantai Kelulut

Jika sahabat lalu jalan utama Kuala Terengganu ke Dungun, akan melihat medan makan ini di sebelah kiri iaitu sebelah pantai. Jangan lupa singgah ke sini kerana ianya terkenal dengan pelbagai masakan laut seperti ikan bakar, sotong, udang dan ikan celup tepung. yang paling best dan tidak dapat saya lupakan makan ikan bakar memang best...Terdapt beberapa deretan kedai makan yang boleh di pilih dengan pelbagai menu makanan. Cuba sekali pasti nak lagi itu la yang boleh saya katakan jika bertandang ke sini. Harganya juga berpatutan.







Tuesday, July 20, 2010

Terokai Hutan Lipur Jambu Bongkok

Salam semua...

Saya ingin berkongsi dengan adik- adik, kakak- kakak dan rakan pembaca tentang Hutan Lipur Jambu Bongkok. Hutan Lipur ini sebenarnya unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Lokasinya tidak jauh dari jalan utama iaitu lebih kurang 1 km masuk ke dalam dengan menggunakan kenderaan. Masa yang diambil untuk sampai ke sini dari Dungun lebih kurang 20 minit dan bandar Kuala Terengganu lebih kurang 45 minit dengan menaiki lenderaan. Di sini disediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan elektrik, tapak perkhemahan, dewan, trek dan banyak lagi yang sesuai menjadi tempat perkhemahan. Menteri Besar juga mencadangkan agar hutan lipur ini dibangunkan untuk dijadikan tuan rumah bagi Jambori Pengakap Malaysia yang akan berlansung pada 4 - 9 Jun 2011.


Trek untuk berjoging


Dewan


Kawasan lapang yang rata untuk tapak khemah