Sunday, July 25, 2010

Festival Gamelan Sedunia di Taman Shahbandar

Tamat sudah acara gilang- gemilang yang berlangsung selama 3 hari di Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Saya dan keluarga sempat mengunjungi Festival Gamelan Sedunia yang diadakan bermula 23 Julai 2010 dan berakhir pada 25 Julai 2010 yang disertai oleh kumpulan gamelan dari dalam dan luar negara.

Di sini kita boleh lihat Terengganu mampu dan boleh menganjurkan aktiviti bertaraf dunia dengan jayanya. Sesiapa sahaja yang sempat mengunjunginya pasti teruja dengan alunan muzik gamelan dari beberapa buah negara yang menyertai festival ini. Semua negara yang terlibat cuba sedaya upaya membuat persembahan terbaik bagi menonjolkan seni muzik gemelan masing- masing, ada yang hanya memainkan alat muzik, ada yang disertakan dengan nyanyian dan tarian. Apa- apa pun memang seronok mendengar alunan muzik gamelan yang dipersembahkan.

Asal usul muzik gamelan Melayu ini berasal dari Pantai Timur dan alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia terdapat di istana Terengganu. Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan.





3 comments:

  1. maklumat,sebuah redio online terbaru telah di lancarkan,GOMO FM tiada iklan hanya hiburan 24 jam,anda juga boleh membuat pilihan lagu lagu kegemaran anda,sambil ber chating sila lawati http://warungchatgomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. maklumat,sebuah redio online terbaru telah di lancarkan,dengar kan coloteh dari kami di GOMO FM tiada iklan hanya hiburan 24 jam,anda juga boleh membuat pilihan lagu lagu kegemaran anda,sambil ber chating sila lawati http://warungchatgomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. website baru gomo fm di http://www.gomofm.org/chatbox/chatbox

    ReplyDelete